Sabtu, 29 Oktober 2011

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR - PART 3 (MELOMPAT)

Lompatan

Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.



Frasa Pengajaran Penting


(i) mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas
(ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat
(iii) hulur dan jejak

Cadangan untuk Penelitian

(i) melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
(ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah
(iii) melompat dan capai pelbagai benda
(iv) melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah
(v) melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan
(vi) lompat untuk jarak
(vii) melompat sambil mengubah ke arah lompatan
(viii) melompat seperti kanggaru
(ix) melompat anak sungai

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR - PART 2 (BERLARI)

Berlari


Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.






Frasa Pengajaran Penting:

(i) Berlari di atas bebola kaki.
(ii) Bengkokkan siku dan lutut
(iii) Ayun tangan ke hadapan
(iv) Tegakkan kepala
(v) Berlari dengan gaya yang lembut

Cadangan untuk Penelitian:

(i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan.
(ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi
(iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki.
(iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap.
(v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan.
(vi) Berlari dan berhenti apabila syarat diberi, kemudian berlari semula.
(vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi.
(viii) Berlari mengikut seorang ketua.
(ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan.
(x) Berlari mengikut hala zig zag
(xi) Berlari berjengket
(xii) Berlari menendang ke belakang

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR - PART 1 (BERJALAN)

Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan pergerakan-pergerakan asas sama ada lokomotor mahupun bukan lokomotor, analisanya telah dibuat dalam bentuk penerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh guru supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang pembetulan.

(a) Kemahiran Lokomotor Asas

Berjalan


Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.





Frasa pengajaran penting:

• Ayun langkah dari paras punggung;
• Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga   ke hujung ibu jari;
• Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan;
• Berjalan dengan lembut;
• Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan; dan
• Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja.

Cadangan untuk penelitian:


• Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi;
• Jalan berundur kemudian ke hadapan;
• Berjalan seperti robot atau askar permainan;
• Berjalan seperti gergasi;
• Berjalan seperti gorila, gajah, anjing cedera di kaki;
• Berjalan seperti barang mainan berkuasa bateri;
• Berjalan seperti patung-patung kawalan tali;
• Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik);
• Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bentuk zig zag;
• Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas;
• Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat;
• Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil;
• Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil; dan
• Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.

Pengetahuan Dalam Pergerakan Asas

PERGERAKAN ASAS

Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua kategori:
(a) Pergerakan kreatif; dan
(b) Gimnastik.

Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia, memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam kategori aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri daripada:
(a) Pengalaman tidak berstruktur;
(b) Pengalaman separuh berstruktur; dan
(c) Pengalaman berstruktur.

Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam pergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman di atas.
Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;
(a) Ritma asas;
(b) Ritma kreatif;
(c) Lagu pergerakan;
(d) Permainan; dan
(e) Kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yang dipanggil pergerakan lokomotor.

Pergerakan Lokomotor


Bukan Lokomotor


a) Meregang
b) Membongkok
c) Memulas
d) Berpusing
e) Mengangkat badan
f)  Merebah
g) Menghayun

Lokomotor


a) Berjalan
b) Berlari
c) Meloncat
d) Melompat
e) Lari skip
f)  Memacu seperti kuda
g)  Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:
(a) Berjalan
(b) Berlari
(c) Melonjak
(d) Melompat
(e) Meloncat
(f) Melungsur
(g) Memacu seperti kuda
(h) Skip

RPH PJ - PERGERAKAN ASAS (LOKOMOTOR)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI


Mata pelajaran              :           Pendidikan Jasmani                                                      
Tarikh                            :           21 Ogos 2011
Tunjang                         :           Kemahiran                                                                    
Masa                             :           30 Minit (8.00 pg-8.30 pg)
Tajuk                             :           pergerakan asas                                                           
Tahun                            :           2 cergas
Sub- Tajuk                     :           lokomotor                                                                    
Bil. Murid                       :           20 org
Tunjang sampingan         :          2 Kecergasan                  :           Daya tahan kadiovaskular                     
                                                 3 Kesukanan                  :           Keselamatan
ObjektiF                          :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid       dapat:
1)     Psikomotor                      :           melakukan tiga daripada lima pergerakan lokomotor (berlari,   berjalan, melompat, merangkak dan meniniti) dengan betul.
2)     Kognitif                            :           Memahami pergerakan lokomotor dan jenis pergerakan lokomotor.
3)     Afektif                              :           Menunjukkan sifat keyakinan apabila melakukan aktiviti.
   Menunjukkan sifat bertanggungjawab semasa aktiviti dijalankan.
Kemahiran berfikir          :           Menjana idea- menggunakan pelbagai pergerakan mengikut situasi..
Pengalaman lepas          :           Murid-murid belajar mengenai pergerakan lokomotor    berjalan,melompat dan merangkak.
Penerapan nilai              :           Murid memperlihatkan nilai patuh kepada arahan, disiplin diri dan    kerjasama di dalam kumpulan.
Penggabungjalinan        :           Pergerakan asas- Manipulasi alatan.
Kesepaduan                    :           Mata pelajaran Matematik – Mengira jumlah pergerakan.
Alatan                             :           Kon (4), Bola getah(5)gelung rotan(5)

Bahagian/
Masa
Aktiviti
Butir mengajar/ fokus pembelajaran
Organisasi
Alatan/ catatan
Permulaan
(3-5 minit)
Memanaskan badan
i.      Permainan kecil
-       Kucin dan burung pipit

ii.     Regangan
-       Kaki
-       Tangan



-murid mengejar rakan yang keluar dari sangkar
-Menyentuh dan bertukar

-5 kiraan
-tangan kiri dan kanan
Kaki kiri dan kanan
 

 




Perkembangan
(8-10minit)
Langkah 1








i.    Pergerakan lokomotor
-     Berlari

-     Berjalan

-     Melompat

-     Merangkak

-     Meniti




-     pergerakan dilakukan  dengan tunjuk cara




Langkah 2


Ii.Rangkaian pergerakan lokomotor.

-         Berjalan
-         Berlari
-         Melompat
-         Merangkak
-         Meniti


                

                                               
               
               



Kemuncak
(8-10minit)



Permainan kecil


-dua pasukan
Memasukkan bola dalam bakul



Penutup
(3-5minit)

i.        Regangan






·         Anggota atas



































ii.   Soal jawab












-       Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu.
-       Kuncikan pergelangan tangan kiri dan kanan.

-       Tolak tangan lurus ke depan sambil membongkok 90 darjah.
-       Kira dengan kiraan 8.
-       Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.

-       Tangan diluruskan
-       Kaki dirapatkan kemudian bengkokkan badan sehingga tangan dapat mencecah lantai.

-       Tarik nafas dengan menggunakan hidung dan melepaskan ke mulut dengan kiraan 3 kali.


-       Keselamatan sebelum aktiviti
-       Keselamatan semasa aktiviti
-       Keselamatan selepas aktiviti































sOCCER !!!

Cuteki cute

MEET me again !!!