Sabtu, 29 Oktober 2011

Pengetahuan Dalam Pergerakan Asas

PERGERAKAN ASAS

Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua kategori:
(a) Pergerakan kreatif; dan
(b) Gimnastik.

Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia, memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam kategori aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri daripada:
(a) Pengalaman tidak berstruktur;
(b) Pengalaman separuh berstruktur; dan
(c) Pengalaman berstruktur.

Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam pergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman di atas.
Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;
(a) Ritma asas;
(b) Ritma kreatif;
(c) Lagu pergerakan;
(d) Permainan; dan
(e) Kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yang dipanggil pergerakan lokomotor.

Pergerakan Lokomotor


Bukan Lokomotor


a) Meregang
b) Membongkok
c) Memulas
d) Berpusing
e) Mengangkat badan
f)  Merebah
g) Menghayun

Lokomotor


a) Berjalan
b) Berlari
c) Meloncat
d) Melompat
e) Lari skip
f)  Memacu seperti kuda
g)  Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:
(a) Berjalan
(b) Berlari
(c) Melonjak
(d) Melompat
(e) Meloncat
(f) Melungsur
(g) Memacu seperti kuda
(h) Skip

1 ulasan:

sOCCER !!!

Cuteki cute

MEET me again !!!