Sabtu, 29 Oktober 2011

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR - PART 3 (MELOMPAT)

Lompatan

Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.



Frasa Pengajaran Penting


(i) mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas
(ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat
(iii) hulur dan jejak

Cadangan untuk Penelitian

(i) melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
(ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah
(iii) melompat dan capai pelbagai benda
(iv) melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah
(v) melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan
(vi) lompat untuk jarak
(vii) melompat sambil mengubah ke arah lompatan
(viii) melompat seperti kanggaru
(ix) melompat anak sungai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sOCCER !!!

Cuteki cute

MEET me again !!!