Sabtu, 29 Oktober 2011

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR - PART 2 (BERLARI)

Berlari


Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.






Frasa Pengajaran Penting:

(i) Berlari di atas bebola kaki.
(ii) Bengkokkan siku dan lutut
(iii) Ayun tangan ke hadapan
(iv) Tegakkan kepala
(v) Berlari dengan gaya yang lembut

Cadangan untuk Penelitian:

(i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan.
(ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi
(iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki.
(iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap.
(v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan.
(vi) Berlari dan berhenti apabila syarat diberi, kemudian berlari semula.
(vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi.
(viii) Berlari mengikut seorang ketua.
(ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan.
(x) Berlari mengikut hala zig zag
(xi) Berlari berjengket
(xii) Berlari menendang ke belakang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sOCCER !!!

Cuteki cute

MEET me again !!!